20120304

~ Apa-apa ntah...

Tergeliat? Terseliuh? Cramp? Otot? Usus? Pankreas?

Entah! Aku betul-betul tak tau. Kalau benda yg boleh nampak depan mata, senang juga aku nak teka. Tapi yang tersorok di dalam, hanya dapat rasa. Boleh ke otot perut yang kat dalam tu terseliuh? Atau mungkin usus ke? Pankreas, lagilah takut dengar. Kalau bengkak macamane? Benda tak nampak, aku tak tau. Yang aku tau, satu malam waktu tergesa bangun terasa ada tarikan yang menyakitkan kat perut sebelah kiri. Aku tak jadi bangun, baring senula seketika. Pada aku mungkin salah pusing badan, lalu aku tegakkan semula badan setegak-tegaknya. Tapi sakit tu tak pergi Sehari, dua hari aku buat tak kisah je  Tapi bila dah masuk 5 hari masih lagi sakit, apa yg tak kena agaknya? Kalau dibiarkan, akan pulih sendiri ke, atau...

Ah, tak boleh jadi. Esok haruslah pi jumpa pn doktor...

20120217

~ Layang-layangku terbang melayang...


Jam sudah 10 pagi. Aku sudah selesai bersarapan, tapi sampai saat ini masih belum menyentuh satu apapun kat  atas meja kerja ni. Terdengar  pula lagu dari radio kawan sebelah. Tiba-tiba mood terasa macam nak hujan pulak sedangkan sejak tadi jiwa hanya hambar, kosong.  Mungkin kerana ada secebis kecewa dah bertapak di sana. Entah kenapa sejak semalam segala hajat macam tersekat. Kehendak Allah tentunya, pasti hikmah tersembunyi di mana-mana. Tapi hati tetap juga mau rasa kecewa. Dasar hati manusia! Pagi ni dah terdengar khabar satu lagi hajat yg disimpan sekian lama bakal jadi debu juga. Bibir berkata `tak mengapa’ tapi bibir yg sama juga dah berubah dari bentuk yang tertarik ke atas perlahan-lahan sudah tertarik ke bawah yang kalau tak dikawal pasti akan diiringi bunyi yang tak sedap didengar pula. Biarlah… Biarlah aku mengalah, memujuk hati sendiri, lebih mudah dari terpaksa memujuk hati banyak orang. Kalau mengalah boleh menyelesaikan banyak perkara, aku pilih mengalah biar seribu kali. Memilih untuk meletak kepentingan diri di belakang kepentingan mereka-mereka semua. Dan aku melakukan dengan penuh rela kerana mereka-mereka itu yang lebih penting dalam hidup seorang aku.

“Hidup ini seperti roda.” 

Dan lazimnya ramai yang berasa tak selesa bila sedang berada di bawah. Tapi, pagi ini tiba-tiba saja datang di fikiran,  tak ada salahnya sesekali berada di bawah kerana dengan adanya kita menyokong di bawahlah maka  oranglain mendapat peluang untuk berada di atas pula. Begitu juga saat kita berada di atas, saat itu ada yg sedang menahan payah menyokong kita di bawah roda sana. Cuma, lazimnya kita (termasuk aku yg macam pandai menulis tentang ini)  memang tak pernah peduli tentang itu semua.. :)
  
Rupanya menulis begini sudah mampu membuat hati merasa lega dan redha juga ye. Alhamdulillah... Semoga hari ini aku dapat melihat sinar matahari hingga ke senja kerana aku perlu  hati yg besar dan gemerlap untuk menghadapi  esok. Kerana esok aku harus bertabah untuk membiarkan impian pesta layang-layangku terbang melayang melayang melayang dan terus hilang...

·         * Untuk yang akan berjalan jauh esok, semoga dipermudah dan dipelihara Allah sepanjang perjalanan. Semoga dapat pergi dan kembali dengan sihat dan selamat..



20111213

~ Aku & kisah dia...

Sekian lama bermalas-malasan tiba-tiba hari ni hati terasa ditarik-tarik untuk menulis sesuatu. Sesuatu tentang dia... lepas bersembang-sembang lama dengan dia petang tadi. Jelas, dia dan aku rupanya ada banyak persamaan, ada banyak keserasian yg boleh dijadikan sebab untuk kami duduk bercerita, bertukar pendapat mengupas satu-satu tajuk menjadi panjang lebar dan menarik pada kami berdua. Dia, yg satu masa dulu pernah aku pandang sebagai seorang yg takut untuk didekati atas persepsi yg aku sendiri tak tau nak jelaskan. Raut wajah yg garang (padahal aku sendiri memiliki fesyen muka yg serupa :P) buatkan aku hanya berhye2 bye2 je kalau berselisih dengan dia di mana-mana. Itu.... satu masa dulu. sebelum aku dipindahkan ke jabatan yg sama dengan dia, malah terpaksa bersebelahan meja lagi dengan dia. Bulan pertama aku seperti budak baru masuk kerja buat pertama kali kat opis tu walhal sudah hampir 20 tahun bergelar warga MPJBT masa tu. 

Tapi begitulah aku tiap kali ditukarkan ke jabatan baru, Aku anggap diri ibarat "saya budak baru belajar" maka "tunjuk ajarku sifu! yeahhhh.." Lain dari itu aku sebenarnya tak tau bagaimana mau beramah mesra dengan dia. (takutpun ada sebenarnya, hehehe). Yang lain-lain pula budak-budak baru yg tentunya lebih asing pada aku walau bukan tak pernah langsung bertegur sapa semasa aku bertugas di kaunter sebelum ni. Sebulan, dua bulan, tiga bulan... Masuk bulan keempat aku dan mereka dah macam rempah yang bergaul mesra dalam periuk. Termasuk dengan dia yang realitinya jauh tersasar dari apa yg aku sangka selama ini. Walaupun dia selalu kata aku ni spesis lemah lembut tak macam dia yg kasar tapi bila gurau dan mengutuk dah tak kira dah sapa lembut sapa kasar. Dia memang kasar, cakap lepas je tak kira dgn kawan lelaki atau perempuan, tp yg ada di tingkat 4 itu saja la.. Keluar dari itu, dengan orang yg dia tak biasa, aku tengok dia bukanlah jenis yg huha huha hentam semacam je. Kesimpulannya, aku memang boleh masuk la dengan dia ni. Sesuatu yg aku tak pernah jangka. Inilah agaknya yang dikatakan orang, tak kenal maka jangan sangka bukan2...

Macam petang semalam, aku bacakan dia status Fb seorang rakan yg memang selalu power ayat2nya. Tulisnya di situ, ` cemburu itu tanda cinta'.  Cepat je dia membalas, ` betul ke?' aku rasa cemburu bukan bermakna cinta..' Mulanya aku anggap dia sekadar saja2 memberi pendapat, lalu akupun ikut meluahkan pendapat aku pula pada penyataan `cemburu itu tanda cinta'.  Dan dia terus juga berhujah lagi, lagi dan lagi.... hingga aku terpempan dengan cerita dan persepsi seorang dia bahawa..... `cemburu tidak semestinya tanda cinta. Hanya sayang dan suka semata-mata..' 

Tapi, antara perkataan dan perbuatan mana yg lebih dipercaya manusia? Boleh ke orang percaya yg dalam hati tiada rasa cinta kalau perbuatan menunjukkan keprihatinan berlebihan hingga sanggup berbuat apa saja untuk seorang kawan, lebih-lebih lagi yg berlawanan jenisnya?

" Sungguh kadang2 aku ada rasa rindu, aku sanggup bergolok bergadai demi kesenangan dia, aku sanggup pujuk sedaya upaya kalau dia merajuk, aku sanggup buat apa saja untuk dia.. Tapi kalau ditanya nak ke  hidup dengan dia, aku tak mau.... Sebab dalam hati aku tak ada rasa cinta. hanya sayang semata-mata sebagai kawan. Tapi begitulah layanan aku pada kawan yg aku sayang walau ada berapa ramai sekalipun..."

Aku terpaku, memikir kemunasabahan kata-kata dia yang tak aku temu hingga akhirnya. Pelik juga ye dia ni. Dia terus-terusan bercerita dan bercerita sambil aku sesekali melempar pendapat dari apa yg aku fikir dan rasa. Dan petang tu terbongkar satu lagi sejarah hidup dia yg aku rasa sangat berwarna berbanding corak hidup aku yg sekata. Dia yg nampak biasa rupanya kaya dengan berbagai cerita berkaitan hati dan perasaan. Dan uniknya kisah dia memang agak pelik dan jauh dari apa yang selalu didengar dan diteka, sekurang-kurangnya oleh aku yg memang mendatar je jalan hidupnya... Doa aku, tak kira apapun yang telah dia lalui, telah dia alami, mudah-mudahan dia tahu apa yg dia mahu, apa yang dia perlu, apa yang dia patut lakukan seterusnya dalam hidup dia ini...