Monday, April 27, 2015

~ Tarikhnya......??

Selalunya pada tarikh begini, aku akan mencoret sesuatu di sini. 
Sesuatu, tentang apa-apa saja yg aku terasa ingin luahkan. 
Tentang apa-apa saja yg aku rasakan.
Kerana tarikh ini tarikh istimewa.
Yang tak mungkin aku akan lupa selamanya.
Dan di sini tempat aku abadikan segalanya.

Tapi...
Sejak akhir-akhir ini, aku merasa kekok untuk bercerita di ruang ini.
Ruang yang aku cipta sendiri,
untuk aku dan segala kenangan-kenangan 
yg ingin aku kenang sampai bila-bila.

Lalu, hari ini
Aku hanya mampu mencoret segalanya di sana
jauh di dasar sana.
Yang tak akan dapat dibaca oleh sesiapa
Hanya aku saja.

:-)

No comments:

Post a Comment